Kabus Ribut


Memang orgasm layan lagu Kabus Ribut pagi-pagi macam ni. Datang mood nak cerita hari-hari liar kami kat bandar Kluang yang bagi aku satu daerah yang penuh dengan konspirasi jiwa dan mulut yang masih belum boleh diterima akal. Tu pun mungkin bagi aku yang selalu yang inginkan kelainan dari semua sudut. Satu daerah yang bagi aku akan maju tidak lama lagi. Daerah yang bagi aku ketandusan pelbagai jiwa dan perasaan. Aku pun turut rasa semua ni. Kalau korang yang jiwa kacau macam aku. Mesti korang tak akan pilih Kluang sebagai tempat mencari sesuatu yang korang nak. Sebab agak boring bandar macam ni. Bagi aku Muar lagi terbaik. Tapi mungkin aku akan pilih Kluang untuk aku teruskan hidup ni.

.,

"Bang, shisha strawberry, nenas, ais satu ye?". Kata gua kat abang shisha ni. Kami mengena shisha malam tu. Lama tak kena. Lama tak bau wangi shisha. Lama tak tengok asap ke langit macam kilang telor. Hehe.

Beberapa hari lepas, kami lepak kat kedai Shisha Jln Ciku. Aku rasa kalau mereka duduk kat Kluang, mereka akan panggil tempat tu "Nasi Lemak World". Berborak kosong, bercerita tentang kisah kami dulu masa lepak  kat Muar. Sambil melihat gelagat orang Kluang. Bagi aku, aku ni masih mencari jiwa Kluang. So aku kena tengok-tengok orangnya macam mana. Manjang tak kena je bagi aku. Hehe. Belum kena dengan jiwa kot. Tapi serius, ah moi kat sini memang mari. Melepak dari pukul 8 malam sampai pukul 12 tengah malam tu normal bagi kami. Sama macam kat Muar dulu. Tapi kali ni, kami berbeza. Dah tak fikir nak buat Outcome apa. Sekarang kami fikir, besok nak makan nasi ke makan roti je. Kami berfikir soal hidup & duit.

Shisha tu baru RM13. Kalau kat Bangi dulu aku rasa dah nak RM20 dah tu. Tu untung duduk tempat macam ni. Semua murah. Naim terkejut sebab aku order nenas. Bagi aku kalau dah duduk kat KL, mesti familiar dengan ni semua. Mahal sikit tu biasalah. Abang shisha tu agaknya dia perasan yang aku ni macam stranger kat kedai aku lepak tu. Dia tegur aku, "biasa ke ambik nenas?". Aku pun jawab dah biasa. Kami berborak berkenalan. Orang kat Kluang jarang isap Shisha pakai nenas. Mahal katanya. Patut la dia dapat tau yang aku ni stranger atau mungkin bagi dia aku ni foreigner.

Dalam diam-diam, sebenarnya kami mempunyai satu idea yang sama. Kami masih lagi dalam perjalanan kesitu. Blog ni menjadi saksi dan bukti samada berjaya atau tak semua ni. Kami hanya mahu mencuba. Mencuba sesuatu yang baru. Terimalah aku sebagai Kluang Man!


No comments: